SL1M kini PROTEGE

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) melancarkan program Profesional Training And Education For Growing Entrepreneurs atau PROTEGE sebagai usaha untuk mewujudkan peluang pekerjaan melalui platform keusahawanan. PROTEGE adalah penjenamaan semula Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) yang diberi suntikan elemen latihan keusahawanan bagi melahirkan lebih ramai usahawan berdaya maju seiring dengan Rangka Kerja Keusahawanan Nasional (NEF).

read more