Rancangan Kewangan Anda

Perbelanjaan Operasi Dan Perbelanjaan Modal

Perbelanjaan Yang Tidak Berulang

Lazimnya terdapat 4 jenis perbelanjaan yang tidak berulang dalam perniagaan:

    1. Kos berkaitan untuk menubuhkan entiti perniagaan
      1. Perniagaan / PLT / Pendaftaran syarikat
      2. Yuran profesional
      3. Lain-lain pendaftaran
    2. Kos berkaitan untuk menyediakan premis / lokasi perniagaan
      1. Deposit sewaan
      2. Deposit utiliti air dan elektrik
      3. Deposit pemasangan telefon dan internet
      4. Pembaikan premis
      5. Pengubahsuaian premis
    3. Kos berkaitan aset tetap dan peralatan perniagaan
      1. Mesin
      2. Komputer
      3. Perabut dan kelengkapan
      4. Kenderaan bermotor
      5. Peralatan pejabat
    4.  Pemasaran dan Promosi
      1. Profil syarikat
      2. Brosur produk / perkhidmatan
      3. Kad perniagaan
      4. Bahan pengiklanan

Perbelanjaan Operasi Dan Perbelanjaan Modal

Perbelanjaan operasi adalah kos yang terlibat untuk mengendalikan operasi perniagaan anda manakala modal kerja ialah untuk pengembangan perniagaan. Jumlah kos yang diperlukan bergantung kepada ramalan pendapatan yang diperoleh daripada produk / perkhidmatan anda dalam tempoh tertentu sebagai contoh 6 bulan atau 1 tahun.

Contoh kos lain adalah:

    1. Stok / inventori
    2. Gaji
    3. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
    4. Sewaan Pejabat / kedai
    5. Bil air dan elektrik
    6. Bil telefon dan internet
    7. Percetakan dan alat tulis
    8. Perbelanjaan pejabat
    9. Pengangkutan
    10. Petrol, tol dan parkir
    11. Pembaikan dan penyelenggaraan
    12. Promosi bulanan
    13. Lain-lain

Mari Buat Kira-Kira:

ABC Enterprise ialah sebuah syarikat yang baru memulakan perniagaan percetakan. Berikut merupakan Kos Perlaburan Perniagaan atau Bajet syarikat tersebut selama 6 bulan:

Daripada Jadual di atas, kita dapat lihat bahawa ABC Enterprise memerlukan sebanyak RM74,232 untuk Kos Pelaburan Perniagaan yang meliputi bajet untuk 6 bulan yang pertama.

Maklumat di atas betul pada 13 Februari 2018.

Apakah pendapat anda mengenai Portal SMEinfo
Apakah pendapat anda mengenai Portal SMEinfo?
TERIMA KASIH!
KERANA MENGHANTAR MAKLUMBALAS ANDA
Terima kasih!
kerana menghantar maklumbalas anda