Laporan Tahunan PKS Penerbitan

Laporan Tinjauan PKS 2019/20 Keluaran Baharu

SME Insights 2019/20 Keluaran Baharu

Laporan Tinjauan PKS 2019/20 merupakan penjenamaan baharu bagi Laporan Tahunan PKS. Laporan ini diterbitkan pada Mac 2021 oleh SME Corp. Malaysia selaku Sekretariat kepada Majlis Pembangunan Usahawan dan PKS Kebangsaan (MPUPK). Bertemakan ‘PKS dalam Normal Baharu: Membangunan Semula Ekonomi’, Laporan ini memberi fokus kepada perkembangan berkaitan COVID-19 yang memberi kesan kepada PKS dalam negeri dan di seluruh dunia. Edisi kali ini melibatkan dua penerbitan iaitu Laporan Utama dan Laporan Ekonomi. Laporan Utama merangkumi pelbagai topik seperti dasar pembangunan PKS serta inisiatif dan program daripada perspektif nasional, rantau dan global. Laporan Utama juga merangkumi bab berkenaan ekosistem pembiayaan yang komprehensif untuk PKS dan kisah inspirasi perjalanan keusahawanan PKS daripada pelbagai sektor dan latar belakang. Sementara itu, Laporan Ekonomi memberikan gambaran keseluruhan prestasi PKS global; menyoroti prestasi PKS di Malaysia, hasil kaji selidik PKS 2019 dan prospek PKS pada tahun 2020 disusuli dengan ringkasan prospek PKS 2021 sebagai kemuncak. Maklumat lanjut boleh didapati daripada Laporan.


Muat turun
Muat turun